Wednesday, April 21, 2010

NIAT



Setiap amalan bermula dengan niat…

Ceramah yang disampaikan oleh ust Amiruddin pada pada malam ini memberi ruang kepadaku untuk menilai kembali diri ini…

Alhamdulillah.. syukur pada Allah kerana masih mengizinkan kakiku yang terlalu berat ini…

untuk terus melangkah ke surau..

mendengar kalimat-kalimat berguna untuk bekalan sepanjang hidupku…

Berat! Eh… berat sangat ke kaki tu???

Ya… sangat berat jika syaitan berkuasa dalam diri… malas nak melangkah membuat kebaikan…

Astaghfirullah al-Azim…Aku memohon ampun kepada-MU Ya Allah..

Atas kelalaian diriku..

Atas kesilapan yang tidak jemu ku lakukan…

Atas janji yang sering ku mungkiri..

Atas kelemahanku yang tidak dapat menjadi hamba-Mu yang setia…

Kerana aku sering kali tersalah langkah..

Terkadang…

Aku menjadi hamba pada syaitan..

Terkadang…

Aku merelakan diriku menjadi hamba kepada manusia…

Ampuni aku ya Tuhan…

Apapun… semua kenalah kembali ke dasar kehidupan..

Siapa kita???

HAMBA.

Ya. HAMBA.

Hamba tidak berhak menentukan..

Hamba berhak meminta, mengharap.. berusaha…

TAPI….

Segalanya bergantung pada Tuhan..

Jika Dia mengizinkan..

KUN FAYAKUN..

Jadi… maka JADILAH!

Even untuk melangkah kaki yang begitu ringan itu ke masjid pun, jika Allah x mengizinkan…

Tetap juga kaki itu terasa berat..

Teringat aku akan kata2 pensyarah ku sebelum ini…

Dan…

Subhanallah… nasihat yang sama aku sempat dengar semasa perjumpaan PPIM petang tadi… pensyarah PPIM mengulangi nasihat yang sama..

Mohonlah pada Allah… akan 3 perkara..

  1. Jadikan kita hamba yang bersyukur
  2. Pinjam kekuatan kepada kita dalam melaksanakan kebaikan
  3. Dan bantu kita untuk sentiasa ingat pada-Nya


Moga kita sentiasa hidup di bawah lindungan Tuhan..
Moga kita sentiasa hidup dalam jagaan-Nya..

Allahumma Amin..

1 comment: