Wednesday, April 28, 2010

BUAT CALON SOLEH...

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan
buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu
bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam
dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang
Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik
keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya
besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta
di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak
mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang
Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak
mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku
sendiri tidak mengetahui siapa dan
dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri yang
terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau
bertemu diriku suatu hari nanti..."


Mendatar kalimah itu.

"Dimanakah peganganmu selama ini?
Dimana alunan Kalamullah itu? Sudah
lama benar aku tidak mendengar suaramu
memuji Kalam Allah itu. Kau berpotensi
untuk menjadi calon soleh untuk
dirimu, keluargamu, dan agamamu.
Perhatikanlah Allah tidak pernah
menyediakan sepahit-pahit ubat kepada
makhlukNya melainkan ubat itu
menjanjikan satu kenikmatan kesihatan
pada jiwamu yang takkan kau temui jika
kau masih menutup mata hatimu!"

Aku meneliti bait-bait yang terlontar.

"Aku tidak menafikan manusia itu tidak
memerlukan cinta, sebab cinta itu
kurniaan yang nian indah oleh Allah.
Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan
kelalaian hatimu dalam
mempertimbangkan antara yang abadi dan
bersifat sementara. Cinta manusia
hanya sementara, jadikanlah ia
penyuluh untuk dirimu meraih syurga
Allah. Takkan kau temui cinta hakiki,
selagi kau tidak membuka mata hatimu
untuk mencari cinta abadi yang telah
wujud dalam dirimu sedari azali,
Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan
hatimu yang tidak kuat menyintai Allah
kerana kau takut untuk mendapatkan
cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu
yang sebenarnya untuk meraih cinta
Allah yang ternyata ramai berebut
untuk mendapatkannya."

Dia melepaskan satu keluhan.Tapi aku
terlalu sedih, kau hanya lemah hanya
kerana cinta manusia biasa. Tidak
terbanding dengan cinta yang terlalu
agung itu. Kau terlalu lemah... sebab
hatimu terlalu lemah untuk membuka
mata hatimu melihat kepastian cinta
yang sebenarnya."

Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa
cinta Allah. Malam itu, lama aku
bermunajat dan berteleku di atas
sejadah. Qalam mulia itu kembali intim
di bibir, tidak sekadar hanya merenung
seperti kebiasaanya. Malam itu
menyaksikan air mata lelaki ku, tumpah
jua akhirnya, biarpun ia bukan yang
pertama.

Tapi, kali ini ia tumpah pada yang
berhak. Menangisi kepasifan diri
ini. ..

Serasanya itulah kali pertama aku
merasakan akulah insan yang terlalu
bodoh. Mendamba cinta yang hanya
memberikan aku kesakitan. Tapi, Dia
masih menyayangi diriku ini.
Dialah menyedarkan
aku. Tapi, aku tahu ucapan terima
kasih itu takkan dia terima sebaliknya
dia pasti akan menyuruh aku
menyampaikan ucapan terima kasih ku
pada yang jauh lebih berhak.. pada
Allah. Benar, kata-katamu itu terlalu
benar. Kini, aku sudah mampu tersenyum.

Tersenyum kerana aku sebenarnya sedang
cuba untuk meraih ciri-ciri calon
soleh yang pernah singgah di
pendengaranku ini. Dan aku takkan
berputus asa, takkan malu memohon
padaNya moga akulah calon soleh untuk
meraih cintaNya yang abadi.

Terlalu pahit, tapi buah kemanisan
iman itu sudah kutemui.

"Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar
kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan
biar aqal sunyi tanpa ilmu dan jangan
biar hati sunyi tanpa cinta kepada
Allah SWT,"

Kepada calon soleh~~~
ku merayu, memohon, mengharap belas kasih-NYA, agar dirimu sentiasa di dalam jagaan-NYA..
moga aku bisa menemui dirimu bila saatnya dibenarkan
pada jalan yang diredhai oleh-Nya...

2 comments: