Wednesday, December 30, 2009

SAAT HATI MENGHARAPKAN CINTA

saat hati menyatakan cinta pada-Nya..

diri tertanya-tanya

layakkah aku mendapat cinta DIA

lantaran diri yang penuh dengan dosa

lantaran diri yang selalu meninggalkan suruhan-NYA

air mata terus mengalir

memikirkan diri yang sering akur dengan kehendak syaitan

betapa lemah hamba-Mu ini ya TUHAN

aku sering tewas

sering tewas dek hawa nafsuku sendiri

nafsu yang xpernah merasa puas

ku ingin kembali pada-MU ya RABBUL IZZATI

ingin ku raih cinta-MU

ingin sekali ku dakap cinta-MU

agar menyatu dalam Qalbuku

agar aku tidak bisa hanyut dek kesenokan dunia yang terlalu mudah membutakan mata hatiku

sambutlah cinta hamba-Mu yang kerdil ini

pimpinlah tangan hamba-Mu yang hina ini

kerana aku sangat memerlukan pimpinan-MU ya RABBANA

pimpinlah hamba-Mu ini menuju syurga-MU

walaupun ku tahu syurga itu tidak layak bg ku

tp ku xsanggup menahan siksa neraka-Mu yang maha dahsyat

perkenankanlah permintaan kami

dengarlah rintihan hati kami ya TUHAN

Engkau MAHA TAHU segala rahsia hati kami

tentukanlah apa yang terbaik buat kami pada pandangan-MU

kerana kami tidak layak menentukan yang terbaik buat kami sendiri

Amin YA rabbal Alamin...‏30‏/12‏/2009:9:52

Saturday, December 26, 2009

KHALIFAH YOUTH TRAINING Dec 2009


SALAM 1 Fikrah.. Salam 1 MAlaysia
Alhamdulillah, pada 25-26 Dis 2009, ana dan 2 orang lagi junior ana telah dipilih oleh Allah mengikuti Khalifah Youth Training di Khalifah Institude, Ampang. Terima Kasih ya Allah...
Perkongsian ilmu yang disampaikan bukanlah ilmu asing bagi peserta2 yang datang dari pelbagai IPTA. Namun, penyampaian yang berkesan dan bersungguh-sungguh daripada penceramah amat memberi kesan kepada kami. InsyaAllah..
Kami diterangkan mengenai konsep khalifah di mana sebagai khalifah di muka bumi ini, kita wajib menjalankan 3 tanggungjawab iaitu:-
1) menjadikan diri sendiri baik

2)menjadikan diri orang lain baik

3) menjadikan seluruh alam baik, bersih, cantik dan ceria
Menjadi khalifah Allah adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Namun, setiap orang wajib melaksanakannya. kerana kita dilahirkan untuk menjadi khalifah di muka bumi selain menjadi hamba Tuhan semesta alam iaitu Allah swt..

Kita tidak boleh memberikan alasan untuk tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut. Kita pasti akan disoal tentangnya. Kerana Allah telah menjadikan kita begitu istimewa dari setiap makhluk ciptaan-Nya.. kerana hanya kita yang dikurniakan akal oleh Allah untuk berfikir mengenai setiap kejadian ciptaan-NYA..
Wallahualaam...