Saturday, December 26, 2009

KHALIFAH YOUTH TRAINING Dec 2009


SALAM 1 Fikrah.. Salam 1 MAlaysia
Alhamdulillah, pada 25-26 Dis 2009, ana dan 2 orang lagi junior ana telah dipilih oleh Allah mengikuti Khalifah Youth Training di Khalifah Institude, Ampang. Terima Kasih ya Allah...
Perkongsian ilmu yang disampaikan bukanlah ilmu asing bagi peserta2 yang datang dari pelbagai IPTA. Namun, penyampaian yang berkesan dan bersungguh-sungguh daripada penceramah amat memberi kesan kepada kami. InsyaAllah..
Kami diterangkan mengenai konsep khalifah di mana sebagai khalifah di muka bumi ini, kita wajib menjalankan 3 tanggungjawab iaitu:-
1) menjadikan diri sendiri baik

2)menjadikan diri orang lain baik

3) menjadikan seluruh alam baik, bersih, cantik dan ceria
Menjadi khalifah Allah adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Namun, setiap orang wajib melaksanakannya. kerana kita dilahirkan untuk menjadi khalifah di muka bumi selain menjadi hamba Tuhan semesta alam iaitu Allah swt..

Kita tidak boleh memberikan alasan untuk tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut. Kita pasti akan disoal tentangnya. Kerana Allah telah menjadikan kita begitu istimewa dari setiap makhluk ciptaan-Nya.. kerana hanya kita yang dikurniakan akal oleh Allah untuk berfikir mengenai setiap kejadian ciptaan-NYA..
Wallahualaam...

2 comments:

  1. banyakkan membaca.
    supaya boleh hasilkan penulisan yang mantop.. insyaAllah

    ReplyDelete
  2. yela, bykkan membaca...beli buku je kejenye~

    ReplyDelete