Saturday, October 31, 2009

SAMBUTLAH CINTAKU...

Hatiku tertanya-tanya, siapakah insan ini yang sentiasa menundukkan pandangannya semasa berjalan??
Saat itu, aku hanyalah pelajar form 4 yang tidak mengenal erti cinta... walaupun sebelum itu aku pernah mengenali lelaki yang tidak pandai menghargai nilai seorang perempuan...
Tanpa segan, ku mulakan perkenalan dengannya melalui perantaraan seorang juniorku, F..
Tepat, hari tersebut ialah hari Sukan Tahunan sekolah.. aku meminta tolong F untuk memberikan "lollipop" kepadanya.. sweet kegemaranku saat itu..

Akak, dia xnak trima..
erm, nape pulak?
xtau la sbb apa, tp td dia ada tanya kat saya, siapa bagi... tp sy jawab , entah..
owh.. begitu..
ok, x ape, nanti kalau F jumpa dia lagi, F bagitau je akak yg bagi k..

Huh.. akhirnya dia terima pemberian ku yg x seberapa...

Tp...selepas itu aku rs malu sangat... sbb memberikan sst kpd orang yang aku tidak berapa kenali keperibadiannya..
Namun, jauh d sudut hati, aku dapat rasakan sesuatu perbezaan unik indsan ini berbanding mereka yang pernak ku kenali sebelumnya..

Dek kerana malu yg teramat sgt, aku memulakan perkenalan dengan mengirimkan sepucuk surat memohon maaf atas kesilapanku...
n dalam surat tersebut juga, aku meluahkan perasaanku padanya..

kali pertama aku meluahkan perasaanku pada insan bergelar LELAKI...

luahan perasaanku di sambut... dalam diam, dia juga sebenarnya mencintaiku..
hatiku berbunga.. gembira & rasa bahagia..
dan hubungan kami diteruskan dengan utusan surat melalui orang tengah..

Selama lebih kurang setahun mengenalinya, aku dapati perubahan pada diriku...
aku berubah.. ya aku berubah sekarang... aku mula mengenal Tuhan.. aku mula tahu apa erti menjadi hamba pada Tuhan...

hasil perkenalan kami, banyak perkara yang aku pelajari... dia seorang yang jujur..
dia juga jahil, dia juga gagal dalam menjadi hamba Tuhan seperti juga aku..

namun, Allah Maha Penyayang... Allah menyayangi kami...

Suatu saat, ketika peperiksaan SPM hampir menjelang...

.....................................................................................

Salam,
buat sahabat yang disayangi...
ku mohon keampunan Tuhan atas segala dosa yang saya lakukan & juga yang awak lakukan..
saya juga mohon maaf kepada awak utk apa yang bakal saya beritahu pd awak..

Awak, saya tahu awak menyayangi saya..
awak juga tahu.. saya sangat menyayangi awak..
semakin saya mengenali awak, semakin saya mengenali Tuhan..
saya mula rasakan satu perasaan aneh pada diri saya.. saya dah jumpa apa yang saya cari selama ini...
iaitu CINTA ALLAH...



Awak, semakin mengenali awak, semakin tinggi harapan saya menjadi seorang wanita solehah...
Awak selalu mengingatkan, ikhlaskanlah hati bila melakukan ibadah...dan biarlah seluruh kehidupan awak itu menjadi ibadah... nak tahu bagaimana? tanamkan niat awak sebelum melakukan apa2 pun kerana Allah...

Peringatan awak itu selalu terngiang di fikiran saya...

Saya menjadi sedih..
Air mata mengalir di pipiku yang kekeringan selama ini..
Ya! air mata..
betapa ku rasakan nikmat ibadah ketika itu...
ku rasakan diri ini terlalu kerdil di hadapan Tuhan..

tp, ikhlaskah aku lakukan semua ini??
adakah kerana awak yang selalu mengingatkan saya agar perbaiki hubungan denga-NYA??

Awak, saya mencintai awak..
tapi, rasa CINTA saya pada Tuhan telah melebihi rasa cinta saya pada awak..

Awak, saya takut.. saya takut andai selama ini ibadah saya tidak diterima Allah..
saya takut andai ibadai ibadah yang saya lakukan selama ini adalah kerana awak..

Walaupun berat, saya perlu katakan juga keputusan saya ini pada awak..

Awak, biarlah hubungan kita berhenti setakat di sini sahaja...
saya xnak menjadi wanita yang hanya akan melalaikan diri awak.. kerana saya sangat sayangkan awa..
saya nak awak sentiasa dalam keredhaan-NYA..

Awak,Allah itu Maha Adil..
andai ada jodoh antara kita, moga kita dipertemukan suatu hari nanti pada jalan terbaik, jalan yang DIA redhai...
Namun, andai tiada jodoh antara kita, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak..
kerana saya bersyukur atas pertemuan ini yang membawa saya mnengenal TUHAN..

"ya ALLAH, jangan ENGKAU bolak-balikkan hati kami setelah ENGKAU beri petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami..
Engkau bantulah kami dalam perjalanan panjang menggapai redha-MU.. Allahumma Aminnn"

Sahabatku, saya harap selepas ini kita sama2 memperbaiki diri untuk menjadi hamba yang diredhai-Nya...

Walaupun hati ana sedih dengan keputusan ini, tp itulah yang TERBAIK buat kita agar kita jauh dari terperangkap dalam perangkap syaitan..

Itu sahaja dari saya..

Terima kasih kerana menjadi sahabat saya...

ikhlas,
Insan yang mendambakan CINTA ALLAH...

.....................................................................................

Beberapa hari selepas itu, aku menerima surat darinya.. surat terakhir..

SALAM Wbt..

Buat insan yang dikasihi.. moga sentiasa dalam redha ALLAH..
Sahabatku, walaupun ana keberatan utk membalas surat ini, namun saya gagahi juga...
Sebenarnya, sebelum mendapat surat dari awak sy sudah banyak berfikir tentangnya..
Namun, saya tangguh untuk memberitahu awak kerana saya takut melukai hati awak.. Saya tahu awak menyayangi saya.. dan awak juga sedia tahu bhw saya sangat mencintai awak...

Itu menjadi sbb mengapa saya tangguhkan untuk memberitahu awak..
Tp, ALHAMDULILLAH, awak telah menyatakannya pada saya...

Saya terima keputusan awak..kerana saya juga mengharapkan awak sentiasa dalam keredhaan-NYA...

Namun awak, jauh di sudut hati.. saya masih mengharapka kita dipertemukan pada jalan yang diredhai-NYA...

Awak, sy harap awak tidak akan membalas surat ini lagi.. biarlah ini surat terakhir..

Moga awak sentiasa dalam keredhaan-NYA.. moga awak bisa menjadi WANITA SOLEHAH...

Sekian dari saya..

Yang Benar...

.....................................................................................

Tanpa ku sedari, air mataku mengalir deras selepas selesai sahaja membaca surat darinya.. aku tahu, dia juga menangis saat menulis surat tersebut.. ku lihat tulisan pada surat tersebut kembang akibat dakwat yang dititiskan dengan air mata kesedihan..

Andai engkau adalah milikku, ingin sahaja aku membisikkan kata pujukku padamu..

Sayang...ana fahami kesedihan sayang.. tapi Allah MAHA TAHU, apa yang kita putuskan ini semata2 kita mengharapkan keredhaan-NYA...
Allah juga Maha Adil sayangku.. DIA pasti akan menentukan yang terbaik buat kita..

Namun, aku bukan sesiapa dalam hidupnya.. aku hanya mampu berdoa agar dia tabah...
agar dia mampu menilai di mana CiNTA Yang Hakiki & Abadi iaitu hanya pada ALLAH..

Saat perpisahan itu, aku terus belajar dan terus belajar tentang erti kehidupan..
Pengalaman itu telah mengajarkan aku.. bahawa CINTA itu milik Allah.. jika ingin berjaya dalam CINTA, CINTAILAH Allah melebihi segala-NYA...

dan Alhamdulillah, selepas itu kami membawa haluan masing2..
tapi, jauh di sudut hati, aku sentiasa mengharapkan yang terbaik buatnya..
moga ALLAH sentiasa bersama-NYA pada setiap langkah perjalanan-Nya..

YA ALLAH..telah kutinggalkan cinta insan demi mengharapkan CINTA-MU.. pintaku YA ALLAH, KAU suburkanlah CINTAKU pada-MU...SAMBULAH CINTA hamba-MU yang hina ini..

YANG mengharapkan CINTA RABBUL IZZATI..

No comments:

Post a Comment