Wednesday, April 28, 2010

BUAT CALON SOLEH...

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan
buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu
bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam
dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang
Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik
keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya
besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta
di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak
mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang
Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak
mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku
sendiri tidak mengetahui siapa dan
dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri yang
terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau
bertemu diriku suatu hari nanti..."


Mendatar kalimah itu.

"Dimanakah peganganmu selama ini?
Dimana alunan Kalamullah itu? Sudah
lama benar aku tidak mendengar suaramu
memuji Kalam Allah itu. Kau berpotensi
untuk menjadi calon soleh untuk
dirimu, keluargamu, dan agamamu.
Perhatikanlah Allah tidak pernah
menyediakan sepahit-pahit ubat kepada
makhlukNya melainkan ubat itu
menjanjikan satu kenikmatan kesihatan
pada jiwamu yang takkan kau temui jika
kau masih menutup mata hatimu!"

Aku meneliti bait-bait yang terlontar.

"Aku tidak menafikan manusia itu tidak
memerlukan cinta, sebab cinta itu
kurniaan yang nian indah oleh Allah.
Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan
kelalaian hatimu dalam
mempertimbangkan antara yang abadi dan
bersifat sementara. Cinta manusia
hanya sementara, jadikanlah ia
penyuluh untuk dirimu meraih syurga
Allah. Takkan kau temui cinta hakiki,
selagi kau tidak membuka mata hatimu
untuk mencari cinta abadi yang telah
wujud dalam dirimu sedari azali,
Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan
hatimu yang tidak kuat menyintai Allah
kerana kau takut untuk mendapatkan
cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu
yang sebenarnya untuk meraih cinta
Allah yang ternyata ramai berebut
untuk mendapatkannya."

Dia melepaskan satu keluhan.Tapi aku
terlalu sedih, kau hanya lemah hanya
kerana cinta manusia biasa. Tidak
terbanding dengan cinta yang terlalu
agung itu. Kau terlalu lemah... sebab
hatimu terlalu lemah untuk membuka
mata hatimu melihat kepastian cinta
yang sebenarnya."

Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa
cinta Allah. Malam itu, lama aku
bermunajat dan berteleku di atas
sejadah. Qalam mulia itu kembali intim
di bibir, tidak sekadar hanya merenung
seperti kebiasaanya. Malam itu
menyaksikan air mata lelaki ku, tumpah
jua akhirnya, biarpun ia bukan yang
pertama.

Tapi, kali ini ia tumpah pada yang
berhak. Menangisi kepasifan diri
ini. ..

Serasanya itulah kali pertama aku
merasakan akulah insan yang terlalu
bodoh. Mendamba cinta yang hanya
memberikan aku kesakitan. Tapi, Dia
masih menyayangi diriku ini.
Dialah menyedarkan
aku. Tapi, aku tahu ucapan terima
kasih itu takkan dia terima sebaliknya
dia pasti akan menyuruh aku
menyampaikan ucapan terima kasih ku
pada yang jauh lebih berhak.. pada
Allah. Benar, kata-katamu itu terlalu
benar. Kini, aku sudah mampu tersenyum.

Tersenyum kerana aku sebenarnya sedang
cuba untuk meraih ciri-ciri calon
soleh yang pernah singgah di
pendengaranku ini. Dan aku takkan
berputus asa, takkan malu memohon
padaNya moga akulah calon soleh untuk
meraih cintaNya yang abadi.

Terlalu pahit, tapi buah kemanisan
iman itu sudah kutemui.

"Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar
kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan
biar aqal sunyi tanpa ilmu dan jangan
biar hati sunyi tanpa cinta kepada
Allah SWT,"

Kepada calon soleh~~~
ku merayu, memohon, mengharap belas kasih-NYA, agar dirimu sentiasa di dalam jagaan-NYA..
moga aku bisa menemui dirimu bila saatnya dibenarkan
pada jalan yang diredhai oleh-Nya...

Wednesday, April 21, 2010

NIAT



Setiap amalan bermula dengan niat…

Ceramah yang disampaikan oleh ust Amiruddin pada pada malam ini memberi ruang kepadaku untuk menilai kembali diri ini…

Alhamdulillah.. syukur pada Allah kerana masih mengizinkan kakiku yang terlalu berat ini…

untuk terus melangkah ke surau..

mendengar kalimat-kalimat berguna untuk bekalan sepanjang hidupku…

Berat! Eh… berat sangat ke kaki tu???

Ya… sangat berat jika syaitan berkuasa dalam diri… malas nak melangkah membuat kebaikan…

Astaghfirullah al-Azim…Aku memohon ampun kepada-MU Ya Allah..

Atas kelalaian diriku..

Atas kesilapan yang tidak jemu ku lakukan…

Atas janji yang sering ku mungkiri..

Atas kelemahanku yang tidak dapat menjadi hamba-Mu yang setia…

Kerana aku sering kali tersalah langkah..

Terkadang…

Aku menjadi hamba pada syaitan..

Terkadang…

Aku merelakan diriku menjadi hamba kepada manusia…

Ampuni aku ya Tuhan…

Apapun… semua kenalah kembali ke dasar kehidupan..

Siapa kita???

HAMBA.

Ya. HAMBA.

Hamba tidak berhak menentukan..

Hamba berhak meminta, mengharap.. berusaha…

TAPI….

Segalanya bergantung pada Tuhan..

Jika Dia mengizinkan..

KUN FAYAKUN..

Jadi… maka JADILAH!

Even untuk melangkah kaki yang begitu ringan itu ke masjid pun, jika Allah x mengizinkan…

Tetap juga kaki itu terasa berat..

Teringat aku akan kata2 pensyarah ku sebelum ini…

Dan…

Subhanallah… nasihat yang sama aku sempat dengar semasa perjumpaan PPIM petang tadi… pensyarah PPIM mengulangi nasihat yang sama..

Mohonlah pada Allah… akan 3 perkara..

  1. Jadikan kita hamba yang bersyukur
  2. Pinjam kekuatan kepada kita dalam melaksanakan kebaikan
  3. Dan bantu kita untuk sentiasa ingat pada-Nya


Moga kita sentiasa hidup di bawah lindungan Tuhan..
Moga kita sentiasa hidup dalam jagaan-Nya..

Allahumma Amin..

A DREAMY WORLD




MY DREAMY WORLD


DUNIA IMPIANKU

ADALAH

DUNIA DI BAWAH

PENTADBIRAN TUHAN

KEBAHAGIAAN, KESERONOKAN, KESENANGAN,

KETAQWAAN, KECINTAAN, KECELARUAN...


SEMUANYA BERPANDUKAN
ATURAN TUHAN

INSYAALLAH






Tuesday, April 20, 2010

DI MANA KEBAHAGIAAN???


Kebahagiaan...huh!
Adakah bahagia bisa dicipta??
Adakah bahagia akan datang bila dua jiwa saling cinta?
Adakah bahagia akan terus mekar bila hati sudah bersatu?

Aku terfikir...
Adakah bahagia ini akan terus ku kecapi sampai bila2?
Adakah bahagia ini akan terus ku nikmati?

Aku sedih..
Hatiku menangis..
Walaupun dr lahiriah, aku kelihatan bahagia.. gembira..
Namun.............. Huh!!

Sukar untukku nyatakan rasa hatiku..
Biarlah DIA yang mengetahuinya...
Kerana hanya DIA yang berhak menentuka yang terbaik buat hamba-NYA...

Bahagia...
YA... Bahagia...
Bisa dicipta oleh dua jiwa yang saling CINTA??

Tidak... tidak sesekali..
Bahagia itu xbisa dicipta..
Bahagia itu milik Allah..
Milik Allah semata-mata..

Bagaimana bisa Allah memberi kebahagiaan?
Andai suruhan Dia kita ketepikan...
Andai larangan DIA kita lakukan...

Bagaimana bisa Allah memberi kebahagiaan?
Andai CINTA DIA kita ketepikan??
Andai DIA kita belakangkan?

Diriku mengharapkan kebahagiaan..
Bahagia yang bukan diCIPTA..
tetapi bahagia yang berkekalan..
Anugerah terindah dari Tuhan...

Bahagia yang kudambakan..
hanyalah bahagia yang diredhai Tuhan...

Mungkin bahagia itu bukan milikku sekarang..
Namun bahagia itu akan sentiasa ku doakan..
agar dapat kukecapi...
bila saatnya dibenarkan...

dan BAHAGIA YANG TERSANGAT INGIN KUNIKMATI...
adalah BAHAGIA saat BERJUMPA dgn TUHAN...

*******************

YA ALLAH...
hamba-MU yang kerdil ini memohon taufiq dan hidayah-Mu..
KAU tunjukkanlah kepadaku jalan yang lurus...
jalan yang Engkau redhai..

Diriku sedar...
aku hanyalah insan lemah ..
yang x bisa terhindar dari melakukan dosa dan kesilapan..
Aku lemah...
Aku jahil...
Aku pelupa...
Aku sombong...
Aku mementingkan diri...
Aku malas...
Aku...aku...
Terlalu banyak kelemahanku YA ALLAH...

HAmba-Mu memohon hanya kepada-MU...
Didiklah aku...
Bimbinglah aku...
Aku ingin menjadi hamba-Mu yang terbaik...
Aku ingin berubah..
Aku ingin bahagia..

ku menadah tangan, merayu pada-MU..
selamatkanlah aku dari segala perkara yang boleh melalaikan aku daripada-Mu...
Kerana hanya keredhaan-MU yang kuharapkan dalam kehidupanku...
kerana aku ingin BAHAGIA...
BAHAGIA di dalam jagaan-MU..

Perkenankanlah permintaanku YA ALLAH....

Sunday, April 11, 2010

Sampai Bila Harus Begini Wahai Diriku???

Susah!
Payah!
Kenapa sukar sangat???!

Aku sedih...
Hati menangis...
Sampai bila aku harus begini???

Persoalan2 yang kerap kali ku tujukan pada diri sendiri..

Mengapa terlalu sukar untuk berubah...?
Mengapa terlalu payah untuk mengikut perancangan diri...?
Mengapa terlalu susah untukku menjadi lebih baik???

Titisan air mata tidak mencukupi untuk ku realisasikan kesemua kehendak diri..

Membawa kecelaruan hati, walaupun scr fizikalnya, tidak menampakkan aku tengah bercelaru..
bercelaru memikirkan persoalan
MENGAPA TERLALU SUSAH????

Ya... benar.. sangat susah untuk berubah..
berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik...

Aku terserempak dengan seorang lecturer yang sgt ku hormati...
walaupun bkn lecturer Pendidikan Islam, walaupun beliau tidak pernah mengajarku sama sekali sepanjang 3 tahun aku menetap di maktab ini..
namun pertemuanku dengannya sgt memberi makna..

Salam...puan..
Apa khabar?
sudah lama xjumpa Puan..
terasa rindu pulak...

Alhamdulillah, khabar baik..
ohya..kamu mcm mn? Ok?

Alhamdulillah puan..
Cuma ...ermm..
Segan nak ckp, tp.........
Huh! Begini.. Sya xtau puan...
Saya xtahu mcm mn nak uruskan diri sy..
i mean, pengurusan diri yg cekap...
sebab sy rs ms yang sy ada x mencukupi dgn apa yang sy perlu buat...
nak kata xbuat jadual, sudah..
sy try utk ikut jadual tu, tp...
susah puan.. susah... :(
hampir menitik air mataku memikirkannya...

Erm.. begini Atika...
Kamu kena ingat, xda yang lain yg dpt pnjm kekuatan kpd kita
klu bukan Allah...
kamu kena selalu mohon pada-Nya..
Mohon dimudahkan segala urusan, mohon spy tergolong dlm hamba yang bersyukur...
n juga mohon spy diberi kekuatan untuk sentiasa mengingati-Nya...
InsyAllah, bila hati sntiasa ingat pada-Nya, bila hati sentiasa bersyukur dgn-Nya,
hati kamu akan tenang...
sbb dlm diri kamu telah yakin bhw..
tiada daya dan kekuatan melainkan dgn izin Allah...

Ingat Allah selalu..
Jd hamba yg bersyukur..
Mohon kekuatan..

3 perkara yg kita selalu lupa..

Lupa utk ingat Allah..sbb kita rs ad perkara lain yg lbh penting utk diingati..
Lupa untuk bersyukur pada-Nya.. knp? kerana kita sering rs apa yang ad pd kita hak milik kita.. sbb itu kita x gunakan pinjaman Allah dgn sebaiknya...
Kita juga sering lupa utk mohon kkuatan dari-Nya.. sbb apa?
sbb kita rs diri kita hebat.. sbb kita rs kita mampu buat kerja kita...
sedangkan hakikatnya TIDAK!

Kita hamba.. kita tidak punya apa2..
malah untuk mengangkat pensil yg sangat ringan, jika Allah xbg kekuatan utk kita mengangkatnya.. maka kita xkan dpt mengangkatnya...

Ingatan buat diriku yang sering lupa, lalai, leka, alpa, xbersyukur, sombong, angkuh, hina dan banyak lagi sifat dlm diriku yg sukar utkku tepis...

dan ingatan juga buat sahabat2 yang dicintai...

Apa yang kita rancang, segala kehendak hati kita tidak mampu untuk kita lakukan
melainkan dengan kehendak-NYa...

buat diriku..
INGAT!!!
Dirimu bukan siapa2..
dirimu berhak memilih rancangan hidupmu..
Tp kamu kena sedar, ingat selalu..
Allahlah yang akan menetapkan dakah kamu dapat @ tidak laksanakan perancangan kamu..
Allah jualah yang meminjamkan kepadamu untuk melaksanakan seluruh kehipanmu..
bermua dari bangun tidur, sehingga tidur..
semuanya di bawah pentadbiran Allah..
Even masa kamu tidur pun, Allah menjaga kamu..

Wahai hati...
TEnangkanlah hatimu dengan banyak mengingati Allah..

Jagalah Allah dihatimu, PASTI Allah akan menjagamu..
InsyaAllah..

Sunday, April 4, 2010

Ingatan Bersama.....

Bismillahirrahmanirrahim….Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ku mulakan setiap kalimatku..

InsyAllah.. Moga Allah terus memberi kekuatan kepadaku untuk memuliakan-Nya dalam setiap perbuatanku, memohon hidayah-Nya di sepanjang perjalanan hidupku..

Ya Allah, tiada yang lain yang kami harapkan selain mendapat keredhaan-Mu pada seluruh kehidupan kami… Pandulah langkah kami agar sentiasa melangkah menuju REDHA-Mu..

Allahumma Aminnn.

Kepada sahabat yang dikasihi,

Kutuliskan warkah ini khas untuk kalian... untuk kuukirkan kalimat-kalimat yang dapat kita jadikan panduan hidup bersama.. hidup sebagai seorang hamba dan juga sebagai seorang khalifah yang sentiasa tunduk dan patuh mengagungkan kekuasaan-Nya… agar kita bisa menjadi hamba-Nya yang setia.. juga agar kita bisa menjadi khalifah yang terus bermujahadah untuk terus melangkah meneruskan perjuangan ini.. kerana di mata hati kita telah tercatat satu cita-cita mulia sebagai mujahidullah, sebagai syahidullah….

InsyaAllah… Moga Allah terus membenarkan kaki kita melangkah pada jalan mulia ini…

Ya Ahsanul Mukmin… Sungguh, hidup ini hanyalah untuk bermain-main, bersuka ria kerana untuk itulah dunia diciptakan.. tempat untuk bersuka ria dan berseronok-seronok.. Tapi, kesenokan yang berbeza akan dapat dirasakan oleh mereka yang mencari Allah dalam setiap kehidupannya… Kehidupan yang tidak didasari dengan ikutan nafsu semata-mata, tetapi diacuankan dengan al-Quran dan Sunah Rasulullah Kekasih Allah.

Saturday, April 3, 2010

Friday, April 2, 2010

INSYA ALLAH
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way
Video & Lyrics Information

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009